Tuesday, July 15, 2008

UNGU

Friday, July 11, 2008

SEPAK TAKRAW

Sepak takraw merupakan satu permainan tradisi orang Melayu sejak berabad-abad lamanya. Dahulu permainan ini dikenali dengan nama Sepak Raga. Sebenarnya bola untuk permainan ini dibuat daripada rotan yang dianyam dan berbentuk bulat. Sehingga hari ini sepak takraw adalah salah satu permainan yang diminati ramai di Brunei Darussalam, selain permainan bola sepak.

Pada mulanya, permainan ini dimainkan di tanah lapang dan pemain-pemain bermain secara bulatan. Di dalam permainan ini, setiap pemain dikehendaki mengawal dan menimbang bola dengan kaki atau kepala, daripada jatuh ke tanah. Pasukan yang boleh mengawal bola dengan lama daripada tidak jatuh ke tanah dikira sebagai pemenang pertandingan.

Kini, permainan sepak takraw sudah terkenal dan dipertandindkan di peringkat antarabangsa, khususnya di Sukan Asia pada tahun 1990. Pertandingan ini dijalankan secara berpasukan, di dalam gelanggang yang mempunyai jaring seperti permainan badminton. Setiap regu mempunyai tiga orang pemain iaitu tekong, apit kanan dan apit kiri. Setiap regu akan berusaha mengalahkan antara satu sama lain dengan menggunakan sepakan serta tandukan yang kencang dan tajam. Setiap regu cuma dibenarkan mengawal bola sebanyak tiga kali sentuhan, sama ada dengan kaki atau kepala. Regu yang berjaya mendahului atau memenangi dua set akan dikira menang.

Di Brunei Darussalam, terdapat banyak pasukan sepak takraw yang menjadi kerabat Persatuan Sepak Takraw Amatur Brunei Darussalam, nama singkatnya dikenali sebagai PESTA BARU. Persatuan ini bertanggungjawab meningkatkan prestasi mutu permainan sepak takraw ini.

SEPAK TAKRAW

1. Dahulu sepak takraw dikenali sebagai apa?

SEPAK TAKRAW

2. Bola sepak takraw diperbuat daripada apa?

SEPAK TAKRAW

3. Berapakah ramai pemain dalam setiap regu?

SEPAK TAKRAW

4. Berapakah banyak sentuhan yang dibenarkan bagi setiap regu untuk mengawal bola?

SEPAK TAKRAW

5. Apakah nama singkat Persatuan Sepak Takraw Amatur Brunei Darussalam?